Pada
suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi
Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang
menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab
tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan
mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa
batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il
teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa
sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk
menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan
mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il
pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia
menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta
sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka
Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa
kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun
jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi
Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku
kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il
lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah
disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata
dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah
S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman,
jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari
manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku
menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."
Peristiwa
yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi,
tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka
unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan
darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah
dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.Melihat
orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.
Melihat
orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendakl mengapakah
kamu terhadap unta itu ?"
Jawab
orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan
harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan
kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang
yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau
menderhakai dia ?"
Jawab
unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu
pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang
buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur
meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau
akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya
lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang
aku berada di antara mereka."
Akhirnya
Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia
tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W
menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
(SELESAI)
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar